OWN AND IN ASSOCIATION WITH TEAMMUZAMMIL

Tuesday, 29 December 2015

WARTAWAN SEBAGAI PENDIDIK DAN PENDAKWAH

   1.    KEWARTAWANAN secara umumnya adalah satu bidang komunikasi yang                mana wartawan berperanan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat            kepada orang ramai.

2.    Perkara paling mendasar yang membezakan kewartawanan Islam dan Konvensional ialah Kewartawanan Islam adalah satu profesion yang berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah.


3.    Kewartawanan Islam mementingkan pegangan tauhid yang kukuh, menghayati serta melaksanakan suruhan Islam dengan penuh keikhlasan dan bertujuan untuk menegakkan agama Allah.

4.    Tujuan kewartawanan Islam adalah menanam nilai yang baik dalam individu, menegakkan amal maaruf nahi mungkar dan menyebarkan dakwah Islam.


5.    Ini penting terutamanya dalam era teknologi dan globalisasi di mana agama Islam itu sendiri telah menghadapi pelbagai cabaran.

6.    Dengan itu,wartawan adalah orang yang sesuai untuk menjadi pendakwah dan pendidik ini kerana wartawaan adalah seseorang yang mempunyai banyak maklumat dan berpendidikan dengan pengalaman yang banyak wartawan mempunyai banyak ciri yang diperlukan untuk menjadi pendidik dan mendidik ganerasi akan datang.


7.    Media baru seperti 'blog' yang sekarang ini tumbuh bagai cendawan setiap hari telah disalagunakan kerana terdapat usaha-usaha memburukkan dan menyebarkan fitnah tentang Islam.

8.    Oleh sebab itu wartawan Muslim perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap Islam.

9.    Sikap bersangka baik juga harus diperbanyakkan oleh seorang wartawan Muslim kerana menurut Imam Tantawi antara hukum terbaik oleh syariat Islam untuk memerangi propaganda dan berita palsu ialah membiasakan manusia supaya bersangka baik sesama mereka kerana Al-Quran telah menyatakan bahawa bersangka baik terhadap orang lain merupakan sifat orang yang benar-benar beriman.


10. Wartawan Muslim yang sebenar adalah wartawan yang komited, kuat bekerja, ikhlas dan sentiasa berharapkan keberkatan dan keredhaan Allah. Nama-nama seperti Abdullah Munsyi, A.Rahim Kajai, Zaaba, Tok Kenali, Samad Ismail, Burhanuddin Helmi dan ramai lagi adalah contoh wartawan terbaik dalam bidang kewartawanan Islam kerana sumbangan besar mereka dalam bidang penulisan.


No comments:

Post a Comment