• Menulis dengan ikhlas bererti menulis dengan sepenuh
kerelaan dan dengan suci hati untuk mencari keredhaan Allah. Setiap penulis
harus menyedari bahawa apa yang ditulisnya adalah suatu amal soleh dalam usaha
mengabdikan diri kepada Penciptanya di samping berusaha untuk menyara diri dan
keluarga yang dikasihi dan berkhidmat kepada masyarakat.
• Hendaklah berpegang dengan kefahaman Islam yang
betul dan jauh daripada penyelewengan dan salah faham. Hendaklah mengira dosa
dan pahala yang akan ditanggungnya jika pembaca terpengaruh dengan tulisan
tersebut. Jadi sesuatu tulisan itu perlu dihindari daripada unsur-unsur
menghasut, menfitnah, mempengaruhi pembaca ke arah perkara-perkara yang negatif
dan tidak baik.
• Penulis mestilah mahir dalam bidangnya dan berpegang
dengan adab-adab Islam, mengambil maklumat yang benar dengan tidak dikurangkan
atau ditambah-tambah atau diubah daripada keadaan sebenar. Analisisnya
hendaklah secara objektif dan dapat memberi faedah kepada pembaca serta
memberikan gambaran yang sebenar, tidak mencaci, menyakiti atau memfitnah orang
lain.
• Hendaklah mengambil berat kritikan yang membina dan
tidak meruntuh, berkata benar walaupun pahit dengan tidak merasa takut dengan
kebenaran yang cuba disampaikan.
• Hendaklah bijak menghubungkaitkan isu-isu atau
berita yang ditulisnya dengan dakwah kepada Allah supaya manusia tahu bahawa
agama Allah meliputi segala bidang kehidupan, berperanan disetiap tempat,
mengarah, menghukum dan menyelesaikannya.
• Hendaklah hidup bersama-sama dengan masalah
masyarakat yang dihadapinya, bersama-sama dengan perasaan mereka dan bekerja
sama dalam menyelesaikan masalah masyarakat secara yang dituntut oleh Islam.
• Hendaklah sedar tentang apa disiarkan oleh
musuh-musuh Islam yang menentang Islam dengan membatalkan segala pembohongan
mereka terhadap Islam dan dapat mengemukakan kepada manusia dengan cara
penyelesaian yang baik.
No comments:
Post a Comment