Kesimpulannya
definisi kepada etika kewartawanan ialah tindakan, cara, ciri dan penulisan
bagi seseorang wartawan dalam menyampaikan berita kepada masyarakat. Manakala konsep kewartawanan
menurut Islam ialah wartawan berperanan sebagai pendidik dalam masyarakat yang membawa
masyarakat ke arah kebaikan dan
kewartawanan dijadikan sebagai
ibadah apabila melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas,
kesungguhan, tanggungjawab dan menyedari
dengan penuh keinsafan bahawa tugas dan
peranannya sebagai khalifah dan hambaAllah di dunia ini.
Etika
kewartawanan secara umumnya ialah perlu wujudnya sifat kejujuran dalam diri seseorang
wartawan. Ianya termasuklah untuk melaporkan berita yang benar dan sah tanpa melakukan sebarang
perubahan fakta mengenai
sesuatu berita, berita
yang berbaur fitnah terhadap seseorang, merahsiakan fakta
yang perlu dirahsiakan dan sebagainya. Hal ini kerana tanpa sikap
kejujuran dalam diri
seseorang wartawan ianya
adalah menyalahi etika kewartawanan.
Manakala, etika
kewartawanan menurut Islam
ialah seseorang wartawan
itu perlu mengamalkan disiplin
ilmu dalam periwayatan hadis sebagai cara untuk menafsir, menganalisis dan
menggunakan sesuatu sumber untuk melaporkan berita. Disiplin ilmu periwayatan
hadis yang sangat ketat perlu dicontohi oleh para wartawan agar dapat
melaporkan berita yang benar-benar sahih faktanya supaya dapat mengelakkan
berlakunya fitnah terhadap perkara yang akan dilaporkan.
Selain
itu, terdapat beberapa etika dalam kewartawanan Islam yang perlu dipatuhi
olehwartawan Islam iaitu niat melakukan tugas kerana Allah, perlu ada sikap
kejujuran yang tinggi dan yang paling penting dalam etika ini ialah perlu
menilai dengan baik kesahihan sesuatu berita serta sumber sesuatu berita agar
tidak menimbulkan sebarang fitnah ataupun kesalahan fakta untuk disampaikan
kepada masyarakat.
No comments:
Post a Comment