OWN AND IN ASSOCIATION WITH TEAMMUZAMMIL

Tuesday, 29 December 2015

AUTHORS

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
ETIKA KEWARTAWANAN
(DUA 6022)

NAMA PENSYARAH:

PUAN ELYN MOHD RIDZWAN

NAMA AHLI:

MOHAMMAD MUZAMMIL MUSTAQIM BIN OMAR
(30DLS14F2016)

MUHAMMAD SHAFIQ BIN REMOLI@RAMLI
(30DLS14F2022)

MOHD AKMAL SHAUFI BIN BAHAROM

(30DLS14F2079)

PENGENALAN

Bismillahirahmanirahim..

 Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT. Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan .

     Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt. Ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.

      Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya, kami telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya dalam mengumpul bahan bahan dan maklumat untuk di jadikan teras penulisan saya terutamanya kepada keluarga kami. Seterusnya, tak lupa juga kepada pensyarah kami, Puan Elyn Mohd Ridzwan yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di jalankan dengan sempurna .

     Seperti tajuk tugasan yang telah diberikan iaitu " Etika kewartawanan ", skop penulisan kami berkisahkan tentang etika kewartawanan atau dalam kata lain ialah adab-adab atau garis panduan dalam dunia penyiran dan kewartawanan.

    Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini , dapat memberi manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca. Sekian .

DEFINASI

Definisi Etika

Perkataan etika berasal daripada bahasa Inggeris iaitu ethic. Perkataan ethic pula diambil dari bahasa Greek iaitu ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Dalam ayat yang ringkas, sarjana pengurusan mendefinisikan etika sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia bertanggungjawab menentukan sesuatu tindakan seseorang itu samada baik atau buruk. Etika dalam erti kata lain ialah mematuhi nilai-nilai moral (Mustafa Hj. Daud, 1996 : 3-4).

Definisi Etika Dalam Islam

Manakala etika dari kaca mata Islam bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.Etika Islam mengatasi semua etika yang lain kerana mempunyai ciri kebaikan mutlak,kebaikan sejagat, mudah, mantap, kewajipan yang dipatuhi dan   pengawasan yang menyeluruh. Pelbagai faktor yang mempengaruhi pembentukan etika seperti manusia  itu sendiri, naluri, adat dan kebiasaan,  keturunan,   persekitaran, azam, suara hati  dan pendidikan (Mustafa Hj. Daud, 1996 : 37)

Definisi Wartawan Dan Kewartawanan


Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007) , wartawan ialah orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah. Manakala kewartawanan ialah yang berkaitan dengan bidang tugas atau kegiatan wartawan, segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah. Secara umumnya   wartawan didefinisikan  sebagai pemberita samada mereka bertugas di media cetak ataupun media elektronik. Wartawan terbahagi kepada tiga golongan iaitu (H.M.Tuah Iskandar, 1990 : 34-36)

ETIKA KEWARTAWANAN

        Etika kewartawanan ialah suatu sistem yang merangkumi   prinsip atau perilaku yang boleh membimbing para wartawan ke arah kelakuan yang bertanggungjawab dan ini boleh membantu mereka membezakan keadaan dalam dua situasi yang bertentangan (Faridah Ibrahim, MohdRajib Ghani & Mohd Adnan Hashim : 2000) .

     Hal ini menjelaskan bahawa etika merupakan sekelompok garis panduan  yang dibentuk khusus untuk memantau manusia. Kewartawanan misalnya, merupakan salah satu bidang yang memerlukan etika untuk memastikan kelakuan pengamalnya sentiasa berada dalam landasan yang betul. Asas dalam mana-mana etika ialah kejujuran, maka kejujuran menjadi salah satu tunggak yang menyokong usaha memartabatkan etika kewartawanan. Konsep kejujuran iniboleh diperluas dengan melihatnya dalam perspektif yang lebih luas iaitu kejujuran wartawan terhadap dirinya akan melahirkan rasa kesetiaan terhadap profesionnya dan organisasi tempat seseorang individu itu bekerja (Siti Suriani Haji Othman , 2006 : 34-35)


Kesetiaan terhadap profesion ialah kejujuran dalam memberi maklumat yang menjadi matlamat utama kewartawanan. Usaha untuk memberi maklumat yang benar, tepat dan lengkap merupakan hasil kejujuran terhadap profesion yang sekali gus menjunjung tinggi garis panduan etika kewartawanan yang disarankan. Menyediakan maklumat yang benar merupakan perkara pertama yang disenaraikan dalam Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Kod Wartawan Malaysia (Siti Suriani Haji Othman , 2006 :34-35.

ETIKA KEWARTAWANAN MENURUT ISLAM

Menurut Nik Yusri Musa (2009) , etika merupakan sesuatu sistem dasar akhlak atau tingkah laku dan kesusilaan seseorang wartawan. Istilah ini digunakan secara meluas dan lebih umum bagi menggambarkan prinsip-prinsip moral atau nilai dalam sistem hidup manusia tidak kira apa bentuk dan jenis kebudayaan sekalipun. Dasar etika digunakan dalam apa jua disiplin ilmu dan kemahiran sebagai suatu usaha untuk mengawal dan menyedarkan manusia tentang peranan dan tanggungjawab sebagai individu peribadi dan pekerja sosial. Antara etika perlu ada dalam diri seorang wartawan ialah :

i. Setiap wartawan perlulah mempunyai ilmu keagamaan dalam menulis menerbitkan karya mereka. Mereka juga haruslah menulis sesuatu karya atau bahan berasaskan atau berpandukan Al quran dan Al sunnah.

ii. Sifat atau sikap mancela dan memuji seseorang. Sifat ini ialah satu sifat yang dikemukakan oleh para ulama’ Islam terutama sekali yang berkecimpung   dalam bidang hadis.Tujuan utama sifat ini bukannya mencaci, mencela atau memuji seseorang tanpa tujuan yang betul malah cacaian dan pujian itu semata-mata untuk menjaga kesahihan serta kebenaran riwayat yang diterima.

 Selain itu, menurut H.M.Tuah Iskandar (1990), dalam pembentukan etika kewartawanan Islam, etika umum yang diperkenalkan itu tidak memadai untuk dijadikan nadi kepada satu aktiviti yang penting di mana disitu terletaknya keberkesanan dakwah Islamiah samada diterima atau berlaku sebaliknya oleh mana-mana wartawan yang tidak mengikut etika yang sebenar ketika menulis sesuatu berita. Antara etika kewartawanan Islam ialah:



i.              Ilmu agama berasaskan Al-quran dan Sunnah.

ii.          Sifat atau sikap mencela dan memuji seseorang ialah ilmu dikemukakan oleh para Ulama Islam yang di dalam bidang hadis , bertujuan untuk menjaga kesahihan dan kebenaran riwayat yang diterima.

iii.           Betulkan niat semata-mata kerana Allah.

iv.           Memulakan setiap kerja dengan Bismillah dan apabila selesai  mengucapkan
                   Alhamdulillah.

vi.           Berada di medan penulisan kerana melaksanakan kewajipan fardhu kifayah.

vii.          Kekalkan pendirian menulis hanya atas dasar kejujuran.

viii.        Bercita-cita menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.

ix.           Melaksanakan Islam dalam diri dan keluarga dengan perkara-perkara wajib, sunat dan harus.

x.            Membenci dan meninggalkan perkara-perkara yang haram dan makruh.

xi.           Menimba ilmu Islam melalui pengajian, pembacaan dan pemerhatian.







ISU ETIKA KEWARTAWANAN DAN CABARAN

ISU

Menurut Saiful Nujaimi Abdul Rahman (2009), terdapat sembilan aspek permasalahan etika yang sering dihadapi oleh para wartawan. Masalah etika ini berevolusi menjadi dilema dunia kewartawanan di seluruh dunia. Antara aspek tersebut ialah :

i. Muslihat                   
Apabila bermuslihat dengan sumber demi mendapatkan berita.
Seperti menipu atau menambah-nambah berita.

ii. Konflik kepentingan
Apabila wartawan dan agensi memiliki kepentingan peribadi.
Seperti melindungi agensi atau wartawan itu sendiri dengan menukar berita.

iii. Setiakawan
Apabila perlu melaporkan berita negatif yang melibatkan rakan-rakan.
Seperti memilih kasih atau melindungi rakan dengan mengubah berita asal.

iv. Pemberian
Apabila diberikan cenderamata dalam pelbagai bentuk.
Seperti menerima habuan atau dalam kata lain rasuah demi sesebuah berita atau informasi.

v. Pemberitaan berbayar
Apabila agensi luar membeli kolum akhbar untuk memuatkan berita bercorak promosi dan publisiti syarikatnya dalam bentuk berita sisipan.
Seperti iklan atau promosi yang kebiasaannya diletakkan di dalam surat khabar dan majalah.


vi. Kecenderungan peribadi
Apabila agensi atau wartawan berpihak kepada sesetengah parti politik, isu atau kempen tertentu.
Hal atau isu sebegini boleh dikatakan sebagai berat sebelah dan hanya menyampaikan isu dari sebelah pihak sahaja dan tidak tepat.

vii. Pencerobohan ruang privasi
Apabila wartawan menceroboh ruang privasi seseorang sumber atau figura atas dan melaksanakan tugas-tugas pemberitaan.
Hal ini berlaku apabila wartawan tidak mematuhi etika kewartawanan dan hanya menumpukan perhatian untuk mendapatkan berita terkini.

viii. Mengekang maklumat
Apabila wartawan merahsiakan sesetengah maklumat yang diperolehi demi menggunakan maklumat itu untuk kemudian hari.
Hal ini berlaku apabila wartawan tidak mempunyai sifat atau sikap integriti dalam diri.

ix. Penciplakan
Apabila wartawan menggunakan atau menyalin berita yang telah ditulis oleh rakan   atau agensi media lain untuk tujuan rujukan,  tetapi tidak memberi penghargaan yang sewajarnya.

Isu ini dalam kata lain adalah peniruan atau pengambilan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan maklumat yang dimiliki oleh orang lain.

CABARAN

Media massa mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat. Sejajar dengan itu,individu yang bertanggungjawab untuk mempengaruhi masyarakat melalui media massaialah wartawan ataupun pengamal media.   Terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh wartawan bagi mendapatkan sumber berita yang benar dan sahih. Antaracabaran tersebut ialah (Mustafa Haji Daud : 1996) :


i.              Cabaran Untuk Berhadapan Dengan Golongan Berpengaruh

Terdapat segelintir dari golongan orang yang berpengaruh seperti ahli politik, artis, ahli akademik dan sebagainya mencurigakan wartawan. Mereka menganggap wartawan adalah sebagai penjaga tepi kain orang lain untuk membongkar rahsiadan seterusnya menyiarkannya kepada masyarakat.

Selain itu, wartawan juga menghadapi masalah off record yang diberikan olehgolongan yang berpengaruh untuk pengetahuan diri wartawan tetapi bukan untuk disiarkan oleh akhbar seperti isu yang melibatkan keselamatan negara, pergeseran politik dan penyelewengan kewangan

ii.            Penawaran Sogokan (Rasuah)

Terdapat juga dari segelintir golongan mempergunakan wartawan untuk tujuan publisiti jangka panjang yang memberikan keuntungan kepada pihak tersebut. Justeru itu, mereka sanggup menawarkan beberapa   keistimewaan kepada wartawan seperti menaja kos percutian ke luar negara melalui syarikat pelancongan dan penerbangan serta memberikan sedikit saguhati berupa barangan ataupun wang.


           iii. Keraguan Terhadap Sumber Berita
                 

Wartawan juga menghadapi cabaran untuk menyampaikan berita yang           benar kepada masyarakat. Hal ini kerana ada kalanya sumber yang diperolehi boleh diragui kesahihannya ataupun wartawan itu sendiri salah menafsir   sumber ataupun salah membuat kesimpulan dan analisis. Akibatnya, laporan yang disampaikan oleh wartawan akan diragui oleh masyarakat