OWN AND IN ASSOCIATION WITH TEAMMUZAMMIL

Tuesday, 29 December 2015

ETIKA KEWARTAWANAN

        Etika kewartawanan ialah suatu sistem yang merangkumi   prinsip atau perilaku yang boleh membimbing para wartawan ke arah kelakuan yang bertanggungjawab dan ini boleh membantu mereka membezakan keadaan dalam dua situasi yang bertentangan (Faridah Ibrahim, MohdRajib Ghani & Mohd Adnan Hashim : 2000) .

     Hal ini menjelaskan bahawa etika merupakan sekelompok garis panduan  yang dibentuk khusus untuk memantau manusia. Kewartawanan misalnya, merupakan salah satu bidang yang memerlukan etika untuk memastikan kelakuan pengamalnya sentiasa berada dalam landasan yang betul. Asas dalam mana-mana etika ialah kejujuran, maka kejujuran menjadi salah satu tunggak yang menyokong usaha memartabatkan etika kewartawanan. Konsep kejujuran iniboleh diperluas dengan melihatnya dalam perspektif yang lebih luas iaitu kejujuran wartawan terhadap dirinya akan melahirkan rasa kesetiaan terhadap profesionnya dan organisasi tempat seseorang individu itu bekerja (Siti Suriani Haji Othman , 2006 : 34-35)


Kesetiaan terhadap profesion ialah kejujuran dalam memberi maklumat yang menjadi matlamat utama kewartawanan. Usaha untuk memberi maklumat yang benar, tepat dan lengkap merupakan hasil kejujuran terhadap profesion yang sekali gus menjunjung tinggi garis panduan etika kewartawanan yang disarankan. Menyediakan maklumat yang benar merupakan perkara pertama yang disenaraikan dalam Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Kod Wartawan Malaysia (Siti Suriani Haji Othman , 2006 :34-35.

No comments:

Post a Comment