Menurut
Nik Yusri Musa (2009) , etika merupakan sesuatu sistem dasar akhlak atau
tingkah laku dan kesusilaan seseorang wartawan. Istilah ini digunakan secara
meluas dan lebih umum bagi menggambarkan prinsip-prinsip moral atau nilai dalam
sistem hidup manusia tidak kira apa bentuk dan jenis kebudayaan sekalipun.
Dasar etika digunakan dalam apa jua disiplin ilmu dan kemahiran sebagai suatu
usaha untuk mengawal dan menyedarkan manusia tentang peranan dan tanggungjawab
sebagai individu peribadi dan pekerja sosial. Antara etika perlu ada dalam diri
seorang wartawan ialah :
i. Setiap
wartawan perlulah mempunyai ilmu keagamaan dalam menulis menerbitkan karya
mereka. Mereka juga haruslah menulis sesuatu karya atau bahan berasaskan atau
berpandukan Al quran dan Al sunnah.
ii.
Sifat atau sikap mancela dan
memuji seseorang. Sifat ini ialah satu sifat yang dikemukakan oleh para ulama’
Islam terutama sekali yang berkecimpung
dalam bidang hadis.Tujuan utama sifat ini bukannya mencaci, mencela atau
memuji seseorang tanpa tujuan yang betul malah cacaian dan pujian itu
semata-mata untuk menjaga kesahihan serta kebenaran riwayat yang diterima.
Selain
itu, menurut H.M.Tuah Iskandar (1990), dalam pembentukan etika kewartawanan Islam,
etika umum yang diperkenalkan itu tidak memadai untuk dijadikan nadi kepada
satu aktiviti yang penting di mana disitu terletaknya keberkesanan dakwah
Islamiah samada diterima atau berlaku sebaliknya oleh mana-mana wartawan yang tidak
mengikut etika yang sebenar ketika menulis sesuatu berita. Antara etika
kewartawanan Islam ialah:
i.
Ilmu agama berasaskan Al-quran dan Sunnah.
ii. Sifat atau sikap mencela dan
memuji seseorang ialah ilmu dikemukakan oleh para Ulama Islam yang di dalam
bidang hadis , bertujuan untuk menjaga kesahihan dan kebenaran riwayat yang
diterima.
iii.
Betulkan niat semata-mata kerana Allah.
iv.
Memulakan setiap kerja dengan Bismillah dan
apabila selesai mengucapkan
Alhamdulillah.
vi.
Berada di medan penulisan kerana melaksanakan
kewajipan fardhu kifayah.
vii.
Kekalkan pendirian menulis hanya atas dasar
kejujuran.
viii.
Bercita-cita menegakkan yang makruf dan
mencegah yang mungkar.
ix.
Melaksanakan Islam dalam diri dan keluarga
dengan perkara-perkara wajib, sunat dan harus.
x.
Membenci dan meninggalkan perkara-perkara
yang haram dan makruh.
xi.
Menimba ilmu Islam melalui pengajian,
pembacaan dan pemerhatian.
No comments:
Post a Comment